AinaCookies dengan bangganya dapat menjayakan program Aidilfitri Bakti Kasih 2007 anjuran RTM. Program ini adalah bertujuan untuk meraikan serta memberikan penghargaan kepada bekas-bekas pekerja RTM, artis dan seniman veteran yang pernah berkerjasama dengan RTM. Rancangan tersebut disiarkan secara langsung melalui rancangan siaran radio Klasik Nasional pada bulan Ramadhan dan rakaman disiarkan melalui TV2 pada Hari Raya ke 2. AinaCookies turut menyumbangkan Hamper Aidilfitri untuk rancangan Bakti Kasih tersebut.Sumbangan disampaikan kepada Puan Azean Irdawaty, yang waktu itu baru sahaja menjalani pembedahan dan rawatan chemotheraphy.